Nuclear Energy: An Ethical Use of Resources

Authors

  • Nahrul Khair Alang Md Rashid Kulliyyah of Engineering International Islamic University Malaysia Jalan Gombak, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.31436/iiumej.v12i5.188

Abstract

ABSTRAK: Tenaga adalah nadi pembangunan, tetapi jumlahnya terbatas. Ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan; tetapi ia boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain. Pertukaran bentuk ini mengubah keadaan sumber tenaga dan perubahan tersebut tidak boleh ditukarbalik. Tenaga nuklear menyumbang kira-kira enam belas peratus kepada jumlah permintaan elektrik global. Keperluan tenaga elektrik dijangka meningkat kerana pengurangan sumber asli, kebimbangan atas pelepasan gas rumah hijau, dan keupayaan biofuel dan tenaga boleh diperbaharui untuk menjadi sumber tenaga utama. Namun begitu, tenaga nuklear sentiasa dibelenggu oleh isu-isu persepsi umum, sebahagiannya benar dan sebahagian lagi disebabkan oleh salah anggap. Ketiga-tiga kemalangan nuklear: Three Mile Island, Chernobyl, dan baharu-baharu ini, Fukushima, bagaimanapun menjejaskan sedikit prospek berkenaan. Tenaga nuklear menggunakan uranium, suatu unsur yang tidak mempunyai sebarang kegunaan aman selain daripada digunakan dalam reaktor nuklear untuk menjana neutron atau haba, menghasilkan wap, dan memacu turbo-generator yang mengeluarkan elektrik. Sumber-sumber lain seperti minyak, arang batu dan gas mempunyai pelbagai kegunaan yang tidak boleh digantikan oleh uranium. Atas hujjah itu, rencana ini mengutarakan bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah pilihan yang beretika. Pilihan ini mengatasi pertimbangan-pertimbangan seperti sisa, kerumitan teknologi, dan keselamatan yang sering ditonjolkan sebagai alasan untuk mengelakkan sama sekali kegunaan tenaga nuklear. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah dalam dimensi saintifik dan kejuruteraan yang manusia, sebagai khalifah, perlu tangani dan atasi. Dalam berbuat demikian, pendidikan yang sempurna dan penggunaan pengetahuan yang beretika menjadi penting.

 

Keywords-nuclear energy;greenhouse gas; renewable energy;
ethical energy use; nuclear fuel; uranium; nuclear reactor.

Downloads

Download data is not yet available.

Metrics

Metrics Loading ...

Downloads

Published

2012-01-04

How to Cite

Alang Md Rashid, N. K. (2012). Nuclear Energy: An Ethical Use of Resources. IIUM Engineering Journal, 12(5). https://doi.org/10.31436/iiumej.v12i5.188

Most read articles by the same author(s)