Keterbukaan Ulama Melayu Terhadap Akidah Salaf: Satu Kajian Berdasarkan Pemikiran Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Menerusi Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf

Authors

  • Muhammad Ihsan Idris Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
  • Nurul Faezah Yahaya Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
  • Nor Athirah Mohamed Indera Alim Sah Kolej Universiti Islam Perlis

DOI:

https://doi.org/10.31436/jia.v20i1.1116

Keywords:

Ulama, Melayu, Akidah, al-Mandili, Perisai, Salaf

Abstract

Akidah Salaf telah menjadi tunjang utama pembentukan Ahli Sunnah Wal Jamaah jauh sebelum wujudnya mazhab Khalaf. Penghayatan akidah generasi Salaf dari kalangan Sahabat dan Tabiin merupakan contoh terbaik bagi seluruh umat untuk melaksanakan tuntutan mentauhidkan Allah. Dominasi akidah Asyairah dan Maturidiyah yang diwarisi sejak berabad lamanya di Nusantara sememangnya telah memberi sumbangan yang besar kepada penerusan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah namun tanpa sedar, dominasi ini telah menyempitkan kefahaman masyarakat awam tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah di mana aliran Salaf tidak dianggap sebahagian daripada Ahli Sunnah. Lebih parah, keterasingan ini telah mengakibatkan perpecahan dan permusuhan sesama muslim. Ironinya, para ulama Melayu zaman silam tidak pernah menafikan akidah Salaf sebagai satu aliran dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Solusi kepada kemelut yang berlaku ini telah lama dirintis oleh Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, seorang tokoh ulama prolifik Melayu yang telah memperkenalkan akidah Salaf kepada masyarakat awam Islam di Malaysia. Karyanya yang berjudul Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf merupakan terjemahan dan syarah kepada matan akidah al-Tahawiyah dan dapat dianggap karya terawal yang mengupas perbahasan dan prinsip akidah Salaf secara menyeluruh dalam bahasa Melayu untuk tatapan umat Islam di Nusantara. Dapatan kajian bersifat kualitatif ini menunjukkan huraian akidah al-Mandili mengaplikasikan sepenuhnya prinsip dan kefahaman Salaf dalam setiap perbahasan yang diketengahkan.

 

Abstract:

The creed of Salaf  has become the main essence of the formation of Ahli Sunnah Wal Jamaah long before the khalaf sect exists. The implementation of Islamic creed among the companions of Muhammad p.b.u.h and tabiin is the best model for all people to carry out the obligation to worship Allah alone. On the other hand, the dominance of the Ashairah and Maturidiyah creeds inherited for centuries in the archipelago have contributed significantly to the continuation of the Ahli Sunnah Wal Jamaah sect but at the same time, without anyone notice, this domination has narrowed the understanding of Ahli Sunnah Wal Jamaah among muslims as the Salaf creed is not considered part of the Ahli Sunnah Wal Jamaah. Worse comes to worst, this phenomenon has resulted in a split and hostility of fellow Muslims. Ironically, the Malay scholars of the past have never denied the Salaf Akidah as a stream in the Ahli Sunnah Wal Jamaah. As a matter of fact, the solution to this crisis has long been pioneered by Sheikh Abdul Qadir al-Mandili, a  prolific scholar who has introduced the Salaf Akidah to the Muslim public in Malaysia. His work entitled A Shield For Those Who Are Commissioned Or Faith Knot According To The Salaf is a translation and explanation to Akidah al-Tahawiyah and can be considered the earliest work that examines the debate and the principle of the Salaf faith in Malay for the views of Muslims in the Nusantara. The findings of this qualitative study show that the description of Akidah al-Mandili applies the full principle and understanding of Salaf in every debate highlighted.

Keywords: Attributes of Allah, al-Mandili, Perisai, Salaf.

Author Biographies

Muhammad Ihsan Idris, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Lecturer, Faculty Of Islamic Studies

Nurul Faezah Yahaya, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Lecturer, Faculty Of Islamic Studies

Nor Athirah Mohamed Indera Alim Sah, Kolej Universiti Islam Perlis

Lecturer, Faculty Of Islamic Studies

References

Abdul Shukor Haji Husin. Ahli Sunah Waljamaah Pemahaman Semula. (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000).

Ahmad Sonhadji bin Mohamad. ‘Abr al-Athir, Tafsir al-Quran. (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2012).

Basri bin Ibrahim. Akidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Berdasarkan Manhaj Asya’irah. (Batu Caves: al-Hidayah Publication, 2019).

Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Husain. Manaqib al-Syafi’i. Diselenggara oleh al-Sayyid Ahmad Saqr. (Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, t.t).

Al-Fatani (a), Wan Zainul Abidin bin Muhammad. Akidah al-Najin fi ‘Ilmi Usul al-Din. Cetakan Keempat. (Patani: Percetakan Bin Halabi, t.t).

Al-Fatani (b), Ahmad bin Muhammad. Faridatul Faraid Fi ‘Ilm al-‘Aqaid. (Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t).

al-Fatani (c), Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad Ismail. Kifayatul Muhtadi Pada Menerangkan Cahaya Sullamil Mubtadi. (Fattani: Matba’ah Bin Halabi, t.t).

al-Mandili, Abdul Qadir bin Abdul Mutalib. Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf. (Fatani: Matba’ah Bin Halabi, t.t)

al-Qaradawi, Yusof bin Abdullah. Isu Akidah Antara Salaf Dan Khalaf. Edisi terjemahan oleh Ahmad Waliyuddin Johari dan Solihuddin Mohamad Jahar. (Batu Caves: PTS Islamika, 2014).

Al-Marbawi, Mohamed Idris Abdul Rauf. Bahr al-Madhi. (Dar al-Fikr. t.t). Jilid 11, Juz 21.

Engku Ku Hassan, Mohd Fauzi Hamat, ‘Pengaruh Umm al-Barahin Karangan al-Sanusi Dalam Penulisan Karya Akidah Di Alam Melayu,’ Jurnal Usuluddin 30, (2009):1-31, http://jupidi.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7331/4983, diakses pada 10 Ogos 2022.

Faisal Ahmad Shah. Biografi Ulama Malaysia: Mohamed Idris al-Marbawi: Penulis Karya Agung Bahr al-Madhi. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013).

Ramli Awang. Akidah Penghayatan Tauhid al-Quran. Edisi Kedua. (Johor Bahru: Penerbit UTM Press, 2013).

Hamat, M. F. (2017) ‘Sumbangan Pengajian Akidah Dalam Membangun Minda Melayu: Suatu Sorotan Ringkas.’ AFKAR Jurnal Akidah & Pemikiran Islam. 5/1 (2017):25-44, ojie.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/12177/7920, diakses pada 10 Ogos 2022.

Mat Nor, N., & Ali, M.S, ‘Kajian Literatur Terhadap Sumbangan Ulama Melayu Dalam Menjelaskan Ayat Mutasyabihat.’ IJQK International Journal of al-Quran And Knowledge. 1/1 (2021): 49-56, ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/13/6, diakses pada 10 Ogos 2022.

Norlaila binti Sulaiman (2010) Isu-isu Akidah Terpilih Dalam Tafsir ‘Abr al-Athir Karya Ahmad Sonhadji. (Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya. 2010).

Ibn Rajab. Bayan Fadhl ‘Ilm al-Salaf ‘Ala ‘Ilm al-Khalaf (edisi terjemahan dalam Bahasa Inggeris oleh Abu Rumaysah dengan judul The Excellence of Knowledge). Cetakan Pertama. (Birmingham: Daar Us-Sunnah Publishers, 2008).

Downloads

Published

2023-02-01 — Updated on 2023-02-02

How to Cite

Idris, M. I., Yahaya, N. F. ., & Mohamed Indera Alim Sah, N. A. (2023). Keterbukaan Ulama Melayu Terhadap Akidah Salaf: Satu Kajian Berdasarkan Pemikiran Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Menerusi Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf. Journal of Islam in Asia (E-ISSN 2289-8077), 20(1), 196–215. https://doi.org/10.31436/jia.v20i1.1116