Rangka Kerja Model Pembangunan Spiritual dalam Pembelajaran Subjek Kejuruteraan

Authors

  • Muhajir Ab Rahim Universiti Malaysia Perlis

DOI:

https://doi.org/10.31436/jia.v20i1.1129

Keywords:

Model Pembangunan Spiritual, Kejuruteraan

Abstract

Pembangunan spiritual adalah penting dalam pembentukan jati diri seseorang pelajar. Sebahagian besar permasalahan rasuah dan kes-kes jenayah pada hari ini adalah berpunca daripada kegagalan pembangunan spiritual yang seimbang. Dari sudut pendidikan bidang kejuruteraan, pembangunan spiritual dilihat amat bergantung kepada inisiatif pelajar itu sendiri, dan amat jarang dilaksanakan secara sistematik oleh pihak pentadbiran pusat pengajian. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan pembangunan diri pelajar tidak seimbang dan holistik. Kertas kerja ini mencadangkan satu kerangka konseptual model pembangunan spiritual pelajar yang dapat diintegrasikan dalam subjek-subjek kejuruteraan. Matlamat utama model pembangunan spiritual ini adalah bagi meningkatkan keimanan serta keyakinan terhadap keagungan Tuhan dan kehidupan akhirat. Tiga terbitan atribut asas iaitu rasa bertuhan, kesedaran kendiri, dan kesedaran ukhrowi telah dikenal pasti sebagai domain afektif dalam kerangka model ini. Subjek Kejuruteraan Kawalan (Control Engineering) yang diajar kepada pelajar tahun tiga dalam program pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis telah digunakan sebagai contoh subjek dalam kajian ini. Pelaksanaan model ini bermula dengan perancangan pengajaran di mana domain afektif yang berkaitan dihubungkaitkan ke dalam topik-topik pembelajaran bersama domain kognitif yang sedia ada. Penilaian keberkesanan model ini boleh diukur dengan penilaiaan domain afektif seiringan dengan penilain domain kognitif subjek tersebut. Kerangka model konseptual ini dapat meningkatkan kualiti pembangunan spiritual pelajar seiring dengan pengajaran subjek-subjek kejuruteraan, disamping memberi nilai tambah dalam bidang pendidikan kejuruteraan di Malaysia.

 

Abstract:

Spiritual development is vital in the process of shaping one’s identity. In many cases, the involvement in corruption and other criminal cases stems from the failure in attaining a balanced spiritual development. From the perspective of the engineering field of study, spiritual development is seen to be depending on the initiative of the students themselves, which is rarely done systematically by the administration of an educational institution. Indirectly, this will lead to a spiritual development that is unbalanced and not holistic. This article suggests a conceptual framework of the spiritual development model that can be integrated into engineering subjects. The main objective of this spiritual development model is to strengthen the student’s faith and confidence in the greatness of God in life and the hereafter. Three main attributes which are the belief in God, self-awareness, and the awareness of the ukhrowi have been found to be the affective domain of the framework. Control Engineering, a subject that is being taught to third-year engineering students of Mechatronic Engineering, Universiti Malaysia Perlis, is used as an example for the purpose of this study. The implementation of this model starts with a teaching plan whereby relevant the affective domain will be integrated into the topics taught together with the existing cognitive domain. The evaluation of the effectiveness of this model will be measured through the assessment of the affective domain alongside the assessment of the cognitive domain in the subject taught. This conceptual framework of the model will be able to improve the quality of spiritual development among the students alongside the teaching process of engineering subjects. Hopefully, this conceptual framework can contribute to the academic field, especially in the field of engineering studies in Malaysia.

Keywords: Spiritual Development Model, Engineering.

Author Biography

Muhajir Ab Rahim, Universiti Malaysia Perlis

Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik, Kampus Alam Pauh Putra

References

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1981). Islam dan Sekularisme. Terj. Karsidjo Djojosuwarno. Jakarta: Pustaka.

Mohd. Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Nurin

Mohd. Kamal Hassan. (2010). A Return To The Quranic Pradigm Of Development And Integrated Knowledge: The Ulul Al-Bab Model. Intelectual Discourse, 18(2), 183-120.

Rohaizan Baru, Zulkifli A. Manaf, Abdul Hakim Abdullah, & Syed Mohd Azmi Syed Ab. Rahman. (2014). Showcasing an Alternative Educational Systems Using the Philosophy of Ulul Albab. Swiss Journal of Research in Business and Social Sciences, 1(1), 1-10.

Siti Haliza Yusop. (2021). Ambil perhatian isu 'sugar daddy' dalam kalangan mahasiswa. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/785294/ambil-perhatian-isu-sugar-daddy-dalam-kalangan-mahasiswa

SPRM. (2020). Statistik Jenayah Malaysia, 2020. Diambil daripada https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=455&bul_id=UFZxVnpONEJqUU5pckJIbzlXeEJ1UT09&menu_id=U3VPMldoYUxzVzFaYmNkWXZteGduZz09

Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan; Satu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zainab Jelani, Johari Surif, & Sulaiman Shakib. (2014). Modul Pengajaran Sains Berdasarkan Model Konstruktivis Bersepadu. Paper presented at the Oasis International Conference on Islamic Education (OICIE2014), PWTC, Kuala Lumpur.

Zetty Nurzuliana Rashed, & Ab. Halim Tamuri. (2014). Melahirkan Generasi Al-Quran Melalui Kurikulum Pendidikan Integrasi Dan Holistik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). E – Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 1(2), 74-83.

Downloads

Published

2023-02-01 — Updated on 2023-02-02

How to Cite

Ab Rahim, M. (2023). Rangka Kerja Model Pembangunan Spiritual dalam Pembelajaran Subjek Kejuruteraan. Journal of Islam in Asia (E-ISSN 2289-8077), 20(1), 272–282. https://doi.org/10.31436/jia.v20i1.1129