Parental Perceptions of Islamic YouTube Animation: The Case of ‘Abdul Bari’ in Pakistan
DOI:
https://doi.org/10.31436/id.v33i3.2436Abstract
This study examines how Pakistani parents perceive Islamic YouTube animated series Abdul Bari and its influence on their children’s religious learning. This study integrates Uses and Gratifications Theory, Parental Mediation Theory, and Mediatisation of Religion. Using a qualitative phenomenological approach, data were gathered from 25 Muslim parents of children aged 5–12 through in-depth interviews. The findings show that parents value Abdul Bari for promoting Islamic virtues while viewing it as a safer option compared to secular online content. At the same time, they express unease over YouTube’s commercialised and algorithmic nature. The study contributes to media and communication research by revealing how religious parenting practices intersect with digital media cultures, demonstrating that faith-based education is being redefined within online spaces. It offers new insights into how families negotiate religious identity and technological influence in the context of contemporary Muslim societies.
Key words: Islam, Muslim, social media, edutainment, socialization
Abstrak
Kajian ini meneroka persepsi ibu bapa di Pakistan terhadap siri animasi Islam popular YouTube iaitu Abdul Bari serta peranannya dalam membentuk pembelajaran moral dan agama kanak-kanak. Berlandaskan kerangka Teori Kegunaan dan Kepuasan, Teori Mediasi Ibu Bapa, dan Mediasi Agama, penyelidikan ini mengkaji sebab ibu bapa memilih Abdul Bari, bagaimana mereka memediasi kandungannya, dan bagaimana ajaran Islam diterapkan melalui media digital. Dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif fenomenologi, seramai 25 ibu bapa Muslim yang mempunyai anak berumur 5–12 tahun telah dipilih secara bertujuan untuk berkongsi pengalaman mereka. Dapatan menunjukkan bahawa ibu bapa menghargai siri animasi ini kerana ia mengukuhkan nilai Islam, mengajar adab, dan menyediakan alternatif selamat kepada program secular. Namun pada masa yang sama berhadapan dengan kebimbangan tentang komersialisasi, tempoh tontonan, dan risiko algoritma YouTube. Kajian ini menyoroti strategi keibubapaan seperti tontonan bersama, mediasi bersifat menghadkan, dan mengkontekskan pendidikan, sekali gus menekankan peranan program ini terhadap sosialisasi agama serta mengimbangi antara keimanan, keluarga, dan teknologi dalam penggunaan media oleh kanak-kanak.
Kata kunci: Islam, Muslim, media sosial, didik-hibur, sosialisasi
