Penglibatan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Industri Pelancongan Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.31436/jocth.v2i1.54Abstract
Artikel ini membincangkan peranan serta potensi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tenaga strategik dalam pembangunan industri pelancongan Malaysia. Dengan mengambil kira konteks sosioekonomi Malaysia, kompetensi dan pengalaman yang dimiliki oleh veteran ATM, telah menjadi nilai tambah kepada perkembangan sektor pelancongan yang semakin menuntut tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berdisiplin. Artikel ini turut menilai cabaran yang dihadapi oleh golongan veteran ATM dalam menceburi sektor tersebut, di samping mengemukakan strategi yang relevan untuk memastikan penyertaan mereka dapat diperkasakan secara berkesan. Secara keseluruhannya, artikel ini menekankan bahawa veteran ATM memiliki nilai tambah yang signifikan dan berpotensi menjadi pemangkin penting dalam meningkatkan daya saing serta kelestarian industri pelancongan Malaysia.