Persepsi Pelancong Terhadap Kesalahan Papan Tanda di Muar, Johor

Authors

  • Adriana Santa Tinggom International Islamic University Malaysia
  • Julaina Nopiah International Islamic University Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.31436/jocth.v1i1.16

Keywords:

Kesalahan Papan Tanda; Muar; Pelancong; Persepsi

Abstract

Muar, Johor dikenali sebagai Bandar Maharani dan merupakan salah satu destinasi pelancongan warisan yang unik di Malaysia. Bandar ini bukan sahaja menonjolkan deretan bangunan kolonial yang bersejarah malah terkenal dengan makanan tradisi dan warisan budaya yang unik. Suasana bandar yang bercirikan unsur moden dan klasik ini menjadikan Muar sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. Namun, penggunaan papan tanda yang baik sering diabaikan. Walaupun perkara ini nampak kecil namun kalau tidak diberikan keutamaan, boleh menjadi salah satu sebab daya tarikan pelancong menjadi kurang. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada dua objektif iaitu mengenal pasti kesalahan papan tanda di bandar Muar dari aspek linguistik dan juga menjalankan tinjauan terhadap persepsi pelancong luar Muar berhubung kesalahan papan tanda yang terdapat di Bandar Muar. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan 5 orang pelancong untuk ditemu bual manakala pengumpulan data seperti kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan dan iklan juga dilakukan. Hasil kajian ini mendapati terdapat empat jenis kesalahan dari aspek linguistik iaitu kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan istilah, kesalahan morfologi dan frasa serta percampuran kod. Pelancong turut menyatakan bahawa kesalahan ini memberi kesan negatif terhadap kefahaman dan imej bandar.

Downloads

Published

10/31/2025

Issue

Section

Articles