Living Sunnah Menurut Fazlur Rahman: Satu Sorotan Literatur Secara Sistematik

Living Sunnah According to Fazlur Rahman: A Systematic Literature Review

Authors

  • Norsaleha Mohd. Salleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Abur Hamdi Usman
  • Rosni Wazir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia.
  • Lilly Suzana Hj Shamsu Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam
  • Nurul Ain Burhanuddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.31436/alburhn.v4i1.168

Keywords:

Fazlur Rahman, Living Sunnah, Sorotan Literatur, Orientalis, Rasulullah

Abstract

Living Sunnah adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh Fazlur Rahman, seorang tokoh pemikir yang berasal daripada Pakistan. Pada awalnya, istilah ini disebut sebagai Living Tradition yang diperkenalkan oleh Joseph Schacht seorang orientalis. Beliau mendefinisikannya sebagai satu tradisi di Tanah Arab yang didakwa oleh para sarjana muslim sebagai sunnah Rasulullah SAW. Dakwaan ini diteruskan oleh Fazlur Rahman dengan mengistilahkan ia sebagai Living Sunnah yang merujuk kepada amalan ahli Madinah sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Apabila Baginda SAW datang, ia berubah menjadi amalan sunnah. Artikel ini merupakan satu tinjauan literatur bersistematik berkaitan Living Sunnah menurut Fazlur Rahman. Metodologi kajian menggunakan kaedah sorotan literatur bersistematik disusun hasil daripada himpunan jurnal yang mempunyai hubungkait dengan kajian. Hasil dapatan menunjukkan Fazlur Rahman mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Joseph Scacht bahawa hadis tidak sepenuhnya datang daripada Rasulullah SAW sebaliknya adalah hasil proses kreatif para ulama dalam menyampaikan dakwah. Fazlur Rahman mentafsirkan Living Sunnah sebagai amalan tradisi masyarakat Madinah yang ditafsirkan sunnah selepas kedatangan Rasulullah SAW. Pendapat ini tidak sama dengan pandangan ulama Islam lain yang menyandarkan sunnah kepada Rasulullah SAW samada melalui perbuatan, percakapan, taqrir mahupun sifat fizikal dan rohani Baginda SAW.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Fatah Idris. 2012. Studi Pemikiran Fazlur Rahman Tentang Hadis-Hadis Prediktif Dan Teknis. Wahana Akademika Jurnal Studi Islam dan Sosial, 14, 1: 1-22.

Abdul Fatah Idris. 2013. Penolakan Fazlur Rahman Terhadap Hadis Teknis Pada Hukum Keperdataan. Jurnal Wacana Hukum Islam dan Kemanusiaan, 13, 2: 179-197.

Abdullah, A. K. 2012. Fazlur Rahman. Research Gates Studies, 14, 1: 1-6.

Anjar Nugroho, “Pembaharuan Pendidikan Islam: Studi atas Pemikiran Fazlur Rahman”, diakses. 5 November 2014.

Aziz, N. 2017. Pemikiran Fazlur Rahman tentang Filsafat Pendidikan dalam Islam. Manarul Qur'an, 13, 2: 82-93.

Barbara D. Metcalf. 1993. Living Hadith in the Tablighi Jama’at. The Journal of Asian Studies. 52, 3: 584-608.

Blanche and Durrheim (1999), Research in Practice. Cape Town: University of Cape Town Press, h. 17.

Budi Harianto. 2016. Tawaran Metodologi Fazlur Rahman Dalam Teologi Islam. Kontemplasi: Jurnal Ilmu-Ilmu Ushuluddin, 4, 2: 277-298.

Farida, U. 2015. Studi Pemikiran Fazlur Rahman Tentang Sunnah Dan Hadis. Addin, 7, 2: 233- 248.

Fazlur Rahman, Islam, (Chichago & London: University of Chicago Press, 1979), 45.

Fazlur Rahman. 1995. Islamic Metodology In Islamic History, terj. Membuka Pintu Ijtihad. Bandung: Pustaka, hlm. 5-7.

Fink. (1998), Conducting Research Literature Reviews: From Paper to Internet. Thousand Oak: Sage, h. 3.

Fitria, V. (2011). Komparasi Metodologis Konsep Sunnah Menurut Fazlur Rahman dan Muhammad Syahrur (Perspektif Hukum Islam). Asy-Syir’ah Jurnal Ilmu Syari’ah dan Hukum, 45, 2: 1335-1356.

Hujair AH. Sanaky, 2006. Pemikiran Fazlur Rahman Tentang Metodologi Sunnah Dan Hadis [Kajian Buku Islamic Methodology in History]. Al-Mawarid Edisi XVI, 256-269.

Idris, A. (2012). Studi Pemikiran Fazlur Rahman tentang Hadis-Hadis Prediktif dan Teknis (Doctoral dissertation, IAIN Walisongo).

Joseph Schacht, The Origins of Muhammadan Jurisprudence (London: Oxford University Press, 1979), 2-3.

Muhammad Alfatih Suryadilaga. 2014. Pembacaan Hadis Dalam Perspektif Antropologi. AL-QALAM Jurnal Kajian Keislaman. 31, 1: 1-22.

Musahadi HAM. 2009. Hermeneutika Hadis-hadis hukum: Mempertimbangkan Gagasan Fazlur Rahman. Semarang: Walisongo Press. hlm 106.

Mustafa Karatas. 2005. Fazlurrahman And the Concept Of “Living Sunna”. Ekev Akademi Dergisi Yil. 9, 25: 123-130.

Rohmana, J. (2015). Pendekatan Antropologi Dalam Studi Living Hadis Di Indonesia: Sebuah Kajian Awal. Holistic Al-Hadis, 1(2), 247-288.

Sahid HM. 2011. Sejarah Evolusi Sunnah: Studi Pemikiran Fazlur Rahman. Al-Tahrir, 11, 173-198.

Snouck Hurgronje, Selected Works (Leiden: E.J. Brill, 1957), 7.

Taufik Adnan Amal, 1996. Islam dan Tantangan Modernitas: Studi atas Pemikiran Hukum Fazlur Rahman. Bandung. hlm, 79.

Zubaidah, S. 2017. Pemikiran Fatima Mernissi Tentang Kedudukan Wanita Dalam Islam.

Downloads

Published

2020-03-03

How to Cite

Mohd. Salleh, Norsaleha, Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Lilly Suzana Hj Shamsu, and Nurul Ain Burhanuddin. 2020. “Living Sunnah Menurut Fazlur Rahman: Satu Sorotan Literatur Secara Sistematik: Living Sunnah According to Fazlur Rahman: A Systematic Literature Review”. AL-BURHĀN: JOURNAL OF QURʾĀN AND SUNNAH STUDIES 4 (1). Kuala Lumpur, Malaysia.:127-41. https://doi.org/10.31436/alburhn.v4i1.168.

Issue

Section

Articles