@article{Mohd. Salleh_Usman_Wazir_Hj Shamsu_Burhanuddin_2020, place={Kuala Lumpur, Malaysia.}, title={Living Sunnah Menurut Fazlur Rahman: Satu Sorotan Literatur Secara Sistematik: Living Sunnah According to Fazlur Rahman: A Systematic Literature Review}, volume={4}, url={https://journals.iium.edu.my/al-burhan/index.php/al-burhan/article/view/168}, DOI={10.31436/alburhn.v4i1.168}, abstractNote={<p align="justify"><span style="font-family: GentiumAlt; color: #006071;"><em>Living Sunnah </em>adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh Fazlur Rahman, seorang tokoh pemikir yang berasal daripada Pakistan. Pada awalnya, istilah ini disebut sebagai <em>Living Tradition</em> yang diperkenalkan oleh Joseph Schacht seorang orientalis. Beliau mendefinisikannya sebagai satu tradisi di Tanah Arab yang didakwa oleh para sarjana muslim sebagai sunnah Rasulullah SAW. Dakwaan ini diteruskan oleh Fazlur Rahman dengan mengistilahkan ia sebagai <em>Living Sunnah</em> yang merujuk kepada amalan ahli Madinah sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Apabila Baginda SAW datang, ia berubah menjadi amalan sunnah. Artikel ini merupakan satu tinjauan literatur bersistematik berkaitan <em>Living Sunnah</em> menurut Fazlur Rahman. Metodologi kajian menggunakan kaedah sorotan literatur bersistematik disusun hasil daripada himpunan jurnal yang mempunyai hubungkait dengan kajian. Hasil dapatan menunjukkan Fazlur Rahman mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Joseph Scacht bahawa hadis tidak sepenuhnya datang daripada Rasulullah SAW sebaliknya adalah hasil proses kreatif para ulama dalam menyampaikan dakwah. Fazlur Rahman mentafsirkan <em>Living Sunnah</em> sebagai amalan tradisi masyarakat Madinah yang ditafsirkan sunnah selepas kedatangan Rasulullah SAW. Pendapat ini tidak sama dengan pandangan ulama Islam lain yang menyandarkan sunnah kepada Rasulullah SAW samada melalui perbuatan, percakapan, taqrir mahupun sifat fizikal dan rohani Baginda SAW.</span></p>}, number={1}, journal={AL-BURHĀN: JOURNAL OF QURʾĀN AND SUNNAH STUDIES}, author={Mohd. Salleh, Norsaleha and Usman, Abur Hamdi and Wazir, Rosni and Hj Shamsu, Lilly Suzana and Burhanuddin, Nurul Ain}, year={2020}, month={Mar.}, pages={127–141} }